Tuesday, November 17, 2009

Sijil Pencapaian untuk Murid. Tahniah!

Tahniah kepada murid-murid atas pencapaian mereka dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2009.
Sijil Pencapaian oleh mereka yang telah mendapat markah terbaik dalam Karangan, Lisan & Kefahaman Mendengar dan juga Kertas Tatabahasa telah disampaikan di dalam kelas oleh guru darjah masing-masing. Murid yang telah menunjukkan peningkatan pretasi yang baik (Good Progress) juga dianugerahkan sijil pencapaian. Murid yang mendapat Markah Terbaik secara Keseluruhan akan mendapat hadiah mereka sewaktu Majlis Pembahagian Hadiah pada Jumaat nanti.

Syabas!!!

Buah kuini si buah mempelam,
Bergantungan di pohon yang tinggi,
Hanya jauhari yang mengenal manikam,
Agar membentuk jati diri,

Gambar-gambar ini ialah mereka dari Darjah 2.