Tuesday, March 30, 2010

Latihan Kata Hubung - Murid Darjah 4

Arahan A: Pilih kata hubung yang sesuai dan tuliskan jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di bawah ini. Jawapan hanya boleh digunakan sekali sahaja.

atau jika lalu kerana
sambil supaya tetapi walaupun



1) Latifah akan melanjutkan pelajarannya di Universiti Harvard ___________ dia lulus peperiksaannya kali ini.

2) Jalil menangis selepas dirotan oleh ayahnya ____________________ mencuri.

3) Abang Sufian membaca buku _________________________ meminum secawan kopi panas.

4) Ibu menasihati saya ______________________ jangan terpengaruh dengan budak-budak nakal yang suka membuat perkara yang tidak berfaedah.

5) Suriya kurang pasti sama ada dia mahu melanjutkan pelajarannya di maktab rendah __________ politeknik.

6) Setibanya dia di rumah, dia duduk di sofa ____________ tertidur.

7) Dia dimarahi oleh gurunya _____________ dia tidak bersalah.

8) Ibu menasihati kami _____________ mengambil vitamin tambahan agar badan akan menjadi lebih bertenaga.

Arahan B: Bina ayat menggunakan perkataan di atas.

0 comments:

Post a Comment