Ujian Peribahasa P3 & P4
Arahan: Tuliskan peribahasa yang sesuai bagi ayat-ayat dibawah ini.
1. “Shhh! Hati-hati apabila bercakap Ali. Nanti didengar orang,” jawab Samad sambil menoleh ke kiri dan ke kanan.
2. ”Kassim memang tidak tahu malu ! Penat sungguh aku bermain di tengah padang tetapi dia tidak menjaringkan satu gol pun! Kalah pasukan kita!” keluh Nazri.
3. “Nazri, di dalam satu pasukan, kita mesti bersefahaman. Saya percaya Kassim bukan sengaja berbuat demikian,” pujuk Samad.
4. Beliau bimbang kerana prestasi Liza, murid yang sangat bijak ini, semakin merosot sejak kebelakangan ini.
5. ”Liza, awak mempunyai keinginan ke universiti apabila awak sudah dewasa kelak?” Cikgu Alias bertanya dengan lembut.
6. Beliau berasa sangat bangga apabila mendapat anugerah tersebut.
7. ”Kasim, maafkan saya kerana terkasar bahasa tadi. Jangan tersinggung ya,” kata Selamat sambil tersenyum.
8. Kita mestilah berikhtiar untuk mengatasi masalah yang menimpa kita,” sambung Selamat.
9. Ani sering bertanya kepada dirinya apa yang akan terjadi jikalau ibunya ditinggalkan dengan abangnya, Ali yang sangat degil itu.
10. “Terima kasih Cikgu kerana membimbing saya dan mengambil tahu tentang pelajaran saya,”kata Anis kepada Cikgu Rahmat.
0 comments:
Post a Comment