Kepada Murid-Murid Darjah 4,
sila baca arahan-arahan di bawah ini dan selesaikan tugas Penjodoh Bilangan.
1) Arahan: Lihat slaid di bawah ini
tekan ikon ini ->>penjodoh bilangan e-learning p4
2) Arahan: Kemudian, jawab soalan-soalan di bawah ini:
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan penjodoh bilangan yang betul.
Tulis jawapan yang kamu di dalam kertas kajang.
a) Suatu kemalangan telah berlaku di se___________________ jalan raya yang sibuk itu.
b) Ada tiga ___________________ selendang sutera di dalam almari itu.
c) Ibu berasa begitu gembira apabila menerima se___________________ surat daripada abang yang sedang menuntut di luar negara.
d) Basir membeli beberapa ___________________ mangga dari kedai buah-buahan itu.
e) Farid mempunyai beberapa ___________________ kereta mainan yang dijadikan biliknya.
f) Bapa membelikan ibu se___________________ bunga ros merah dan biru sebagai hadiah hari lahirnya.
g) Rumah-rumah teres yang se ___________________ itu telah dijilat api semasa kebakaran yang berlaku pagi tadi.
h) Ibu menyediakan se __________________ kuih-muih untuk tetamu.
i) Cikgu Kamil mengagihkan se_______________ air bandung untuk murid-murid yang baru sahaja habis membuat persembahan.
j) Monyet itu memanjat se_______________ kelapa untuk memetik beberapa biji buah kelapa untuk tuannya.
k) Putera itu menyampaikan empat _____________ pantun untuk permaisurinya.
0 comments:
Post a Comment