Murid-murid, sudahkah kamu memikirkan aktiviti-aktiviti apakah yang boleh dilakukan semasa cuti sekolah ini?
Cikgu ada saranan yang boleh kamu gunakan.
Mengapa tidak kamu gunakan masa yang terluang itu untuk melatih diri kamu supaya boleh menjadi lebih yakin semasa membuat persembahan (contohnya persembahan kelas)?
Salah satu aktiviti yang boleh kamu lakukan ialah adakan "Tunjuk dan Ujar" di rumah bersama ibu bapa kamu. Kamu hendak tahu apa itu "Tunjuk dan Ujar"? Mari lihat contoh dari video-video lama ini.
Sebagai permulaan, kamu bolehlah menggunakan skrip yang kamu sediakan seperti Sofia.
Setelah beberapa latihan, tentu keyakinan diri kamu akan meningkat dan bolehlah kamu membuat persembahan tanpa skrip seperti Aisyah.
Jadi gunakanlah masa yang terluang ini dengan baik. Siapa tahu, pada tahun hadapan, guru-guru bahasa Melayu kamu mungkin akan mengadakan aktiviti "Tunjuk dan Ujar" seperti ini.
Selamat mencuba. :)
Sunday, November 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment