Cikgu ingin berkongsi nasihat dan pandangan mengenai apa yang boleh dilakukan sebelum memasukkan kertas-kertas peperiksaan itu ke fail masing-masing. Ibu bapa boleh membantu dalam peringkat ini. Hanya tiga langkah sahaja.
Langkah 1: Apabila membuat pembetulan, jangan lah buat terburu-buru atau tanpa merujuk kepada buku teks mahupun fail/ kerja sekolah. Rujukan ialah penting kerana melalui rujukan, ia adalah langkah di mana kita dapat mengimbas kembali dan membuat pengukuhan pemahaman tentang perkara yang kurang difahami dengan lebih baik.
Langkah 2: Setelah itu, setiap komponen kertas peperiksaan itu, lihat berapakah markah yang telah diperolehi. Apabila membuat kajian atau analisis komponen-komponen itu, kita dapat mengetahui di manakah kelemahan dan kekuatan kita dalam sesuatu subjek itu. Contohnya, kebanyakkan murid akan menghadapi kesukaran bagi komponen kefahaman (comprehension).
Langkah 3: Belajar dari kesilapan yang telah dibuat sewaktu peperiksaan. A) Cari maklumat mengenai bagaimana untuk mengatasi masalah komponen tersebut. Kadang-kala, melalui latih tubi (drilling method), ianya berkesan untuk sebahagian murid. B) Cari buku-buku bertopik (topical assessment books) yang lalu dan cuba membuat latihan-latihan itu kembali semasa cuti sekolah. Jangan lupa lakarkan jadual masa yang seimbang semasa cuti sekolah ini agar masa tidak terbuang begitu sahaja.
Kesilapan harus diperbetulkan. Dari pembetulan, harus lahir pengukuhan supaya apabila kamu melangkah ke tahun seterusnya, tidaklah kamu membawa topik-topik yang kamu kurang faham ke tahun hadapan. Selesaikannya sekarang jika rasa kurang faham, agar masalah yang dihadapi tidak semakin membesar dan bertambah apabila melangkah ke tahun hadapan.
Selamat membuat pengukuhan pelajaran dan bergembiralah semasa cuti sekolah ini.
Salam Sayang Dari Cikgu..
Thursday, December 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment