Wednesday, February 17, 2010

Karangan Kreatif (EC)




Karangan Kreatif : HARI JADI YANG ISTIMEWA


Hujan turun berterus-terusan. Guruh berdentuman dan kilat sabung-menyabung. Aku menggigil lalu terlelap dari tidurku yang nyenyak. Setelah bersiap-siap untuk ke sekolah, aku terus keluar rumah, menuju ke sekolah dengan hanya payung untuk berteduhku daripada hujan yang lebat itu. Semasa aku berjalan, aku ternampak benda kuning di hadapanku. Namun, aku tidak dapat melihat dengan betul apa benda itu.Hanya itulah yang aku dapat ingati...

Aku buka mataku. Aku nampak ibubapaku dan kakakku. Wajah mereka kelihatan risau. Aku tertanya mereka, “Apa terjadi? Bukankah Afiq patut di sekolah sekarang? Kenapa Afiq di sini, ayah?” Mereka memberitahuku yang aku telah terjatuh kerana tidak nampak kulit pisang di hadapanku dan kakakku telah nampakku lalu membawaku pulang ke rumah. Setelah mereka memeriksa badanku , mereka mendapati bahawa kakiku telah patah dan membawaku ke hospital berdekatan.

Apabila tiba di sana, doktor membalut lututku dan suruh aku baring di wad hospital itu sambil menunggunya dapat hasilan X-ray lututku. Ibubapaku dan kakakku pulang selepas melihatku di hospital, membiarkan aku berseorangan diri. “Apa yang mereka buat itu? Bukakah mereka tahu hari jadiku esok? Adakah mereka lupa? Hmm,”aku terfikir pada malam itu.

Keesokan hari, hari Selasa dan juga hari jadiku, aku terbau makanan kegemaranku iaitu salada dan ayam goreng. “Umm, apa itu? Ayam goreng!”aku berkata. Namun jam menunjukkan pukul tujuh ppagi dan aku masih ngantuk dan terlelap. Aku tidur sampai pukul 10 pagi. Bila aku buka mataku, aku nampak keluargaku,saudaraku ,datukku dan nenekku. Mereka memekik,”Kejutan buat Afiq!” lalu bernyanyi lagu hari jadi untukku.

Aku terperanjat sekali. Jadi,semalam keluargaku pulang untuk menyiapkan ini untuk aku? “Wah! Terima kasih semua. Ibu, pasti ibu telah masakkanku salada dan ayam goreng kegemaranku,ya? Ah mari kita makan keknya! Mari!” kataku kegirangan. Aku lihat kad itu lalu tersenyum. Ia sudah dihiasi degan pelbagai beda yang cantik. Itu memang hari jadi yang paling istimewa buatku, walupun aku di hospital. Aku tidak sabar untuk tunggu hari jadiku pada tahun hadapan!


Kumpulan EC: Efny & Geng

0 comments:

Post a Comment