Sejak aku pergi ke sekolah menengah , aku bukan seorang budak yang baik , aku memang degil. Aku tidak bagus dalam pelajaranku. Apabila aku membuat kesalahan , ibuku menasihati aku tetapi aku tetap tidak mendengar. Aku dicap seeing memalukan keluargaku.
Suatu hari, aku membuat sesuatu kelakuan yang biadab dan salah. Kawan-kawan aku telah mengajakku untuk membuat tatu di badanku. Orang yang membuatnya ialah seorang murid menengah empat. Badannya ada banyak tatu di kaki, tangan dan seluru badan. Pada saat itu, aku berasa dia sangat untung kerana dia tidak ada ibu bapa yang banyak melarang. Aku berasa curiga takut-takut ibuku akan ternampak tatuku.
"Jomlah....Mari kita pergi membuat tatu di rumah kawan aku." kata Kamil. Aku juga takut akan kesakitan yang bakal aku alami. Tetapi akhirnya, aku mengikut Kamil sahaja.
Apabila di tempat tatu itu, aku menjenguk-jenguk untuk melihat bagaimana dia membuat tatu. Apabila sudah tiba masa giliranku untuk membuat tatunya, aku memilih gambar bunga untuk dibuat di tangan kiriku.Selepas selesai membuat tatu, aku pun pulang ke rumahku. Apabila ibu pulang dari kerjanya. Aku terus berlari ke dalam bilikku. Ibuku keliru apabila ternampak sesuatu di tangan kiriku.
"Nak?Anak....Buka pintunya," ibuku kata kepada aku.
"Jap ibu, Saya sedang salin baju," jawabku dengan cepat.
Aku tidak mahu ibuku nampak tatuku. Aku terus membuang masa. Tiba-tiba ayahku sudah balik rumah. Ayahku mengambil kunci bilikku dan membuka pintu bilikku. Aku terperanjat. Ayahku pun terperanjat. Aku terus menutup tatuku dengan segera. Ayahku menyuruh aku membuka tanganku.
"Astafirrlahhalazim! Sejak bila kamu adatatu!" ayahku menjerit. Ayahku memberi nasihat yang sungguh panjang. Aku menerima hakikatnya. Aku berjanji supaya aku tidak membuat benda yang biadab dan memalukan keluargaku. Aku juga akan menjadi budak yang baik. " Sejak hari itu aku tidak lagi nakal. Sebatan yang diterima daripada ayah membuatkan aku insaf." Aku mempelajari dari situ.
Daripada: Irdina Samsuri
Kelas: 6 Grace
Tarikh: 28 Januari 2010
Thursday, January 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment