Tuesday, April 6, 2010

Karangan oleh Zaqia Alyya - 5 Respect

Jam di dinding rumahku menunjukkan pukul 9.30 malam. Aku telah menunggu kepulangan abangku. Kami akan ke Pusat Beli Belah Lot 1 pada pukul 10 malam. Sambil menunggu, aku membaca buku cerita kegemaranku yang bertajuk “Serigala dan anak biri-biri.” Sambil membaca, aku melihat jam dinding yang menunjukkan pulul 9.57 malam. Kemarahanku terpancar di muka dan ia memuncak. Akhirnya, sampai juga abangku itu. Tetapi, apabila dia masuk ke rumah, dia tercegat berdiri. Air matanya bertakung di kolam matanya.

Aku pun bertanya, “Mengapakah abang menangis? ” Abang memberitahuku dia ternampak seorang wanita tua yang menunggu bas dengan penuh kesabaran. Abang telah nampaknya marah semasa menunggu bas. Abang tidak tahu mengapa dia marah. Sejurus kemudian, dia pengsan ! Abang amat takut lalu menelefon ambulans. Tidak lama kemudian, ambulans pun sampai. Orang-orang lain pula berdiri sambil memerhatikan sahaja.

Aku pun tahu mengapa dia menangis. Abangku amat sensitif.Aku faham perasaannya. Dia pun berhenti menangis dan kami bersiap-siap. Dia pun menyambung ceritanya kepada aku dalam perjalanan ke Lot 1. Abangku pun memberitahuku bahawa wanita itu terselamat akhirnya.

0 comments:

Post a Comment