Tuesday, April 6, 2010

Karangan Siti Zhalika

Cikgu Shasha mengajar di Sekolah Rendah West View. Dia seorang yang baik dan prihatin terhadap murid-muridnya. Murid-murid di sekolah itu saying kepada Cikgu Shasha. Jika mereka mempunyai masalah, mereka selalu memberitahu CIkgu Shasha kerana dia seorang guru yang boleh memahami masalah mereka.

Ketika Cikgu Shasha dalam perjalanannya ke sekolah pada suatu hari, tiba-tiba dia ternampak seorang murid dari sekolahnya terjatuh dari basikal dan termasuk ke dalam longkang.
Cikgu Shasha terus menghampiri murid yang berkenaan. Dial tidak cedera parah tetapi basikalnya rosak sedikit. Cikgu Shasha pun menolong memperbaiki basikalnya itu.

Apabila Cikgu Shasha menolong Danial, dia tidak sedar bahawa pengetua sekolahnya sedang memerhatikannya. Selepas Cikgu Shasha memperbaiki basikal itu, dia dan Danial pergi ke sekolah. Apabila sudah sampai di sekolah, CIkgu Shasha dipanggil oleh pengetua.
Rupa-rupanya pengetua hendak memuji Cikgu Shasha. “Saya ternampak awak sedang menolong seorang murid tadi, jadi saya ingin berterima kasih kepadaa awak,” kata pengetua sekolah kepada Cikgu Shasha.

Kalau hendak menanam padi
Jangan lupa memakai topi
Jasa cikgu sungguh murni
Susah hendak dicari ganti

0 comments:

Post a Comment